PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM LESTARIKAN SUNGAI KITA SERTA KUDAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025 BERSAMA RAKAN STRATEGIK ALAM SEKITAR DAN RAKAN ALAM SEKITAR TANAM SIFAT TANGGUNGJAWAB BERSAMA DALAM MEMELIHARA ALAM SEKITAR

normuhamad 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LESTARIKAN SUNGAI KITA SERTA KUDAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025 BERSAMA RAKAN STRATEGIK ALAM SEKITAR DAN RAKAN ALAM SEKITAR TANAM SIFAT TANGGUNGJAWAB BERSAMA DALAM MEMELIHARA ALAM SEKITAR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SEMENYIH

Penerangan

18 Okt 2025 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan program Lestarikan Sungai Kita di Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Fenny Wong Nyuk Yin, Timbalan Pengarah (Pembangunan), JAS Negeri Selangor. Program ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) dan Rakan Alam Sekitar (RAS). Seramai 67 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari JAS Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan para pelajar serta pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Segi University telah menyertai program ini. Program ini juga telah diisi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh En Mohd Hadre bin Mohamad, Pemelihara Hutan, Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dan aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH). Semoga program seumpama ini dapat menanam dan meningkatkan penghayatan dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk memelihara dan menghargai alam sekitar yang kita warisi ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan