PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

JAS SELANGOR 12/11/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR

Penerangan

1 November 2025 (Sabtu), Dengkil – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Paya Indah Wetland. Majlis telah dirasmikan oleh YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor diiringi oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor dan YBrs. Puan Norfadhilah binti Ahmad Subaker, Penguasa, Paya Indah Wetland. Majlis diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Senamrobik, Eco Peat Run 4 Environment, Ceramah Pencemaran Udara dan Pembakaran Terbuka, Kuiz Kesedaran Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna, Mini Bengkel Lestari, Reruai agensi-agensi Kerajaan dan Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS), Program Pengumpulan Buangan Peralatan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dan kaunter saringan Kesihatan. Usaha kolaboratif dan kebersamaan semua pihak dalam menjayakan program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk rasa tanggungjawab warga Selangor terhadap kelestarian alam, sekali gus melahirkan generasi yang lebih cakna dalam pengurusan alam sekitar. Pembudayaan alam sekitar tanggungjawab bersama solusi ke arah pengurusan alam sekitar yang lestari.