Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah berbesar hati menerima kunjung hormat daripada delegasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah di Pejabat JAS Kedah. Lawatan ini yang diketuai oleh LT. KOL. (PA) Mohd Bukhori bin Mat Sidik bersama 3 pegawai kanan APM telah disambut mesra oleh Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah dan barisan pegawai kanan jabatan. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Perbincangan utama semasa kunjung hormat ini diadakan adalah cadangan program kerjasama dua hala pada masa hadapan antara kedua-dua jabatan sepertipemantauan bersama melalui rondaan kawasan hotspot, kempen kesedaran dan latihan bersama.
Kunjung hormat ini berjaya mencapai objektifnya, memperlihatkan komitmen kukuh kedua-dua jabatan dalam memastikan kelestarian alam sekitar Negeri Kedah.