PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS LEMBANGAN BIL. 5/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

nasir.ibrahim 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS LEMBANGAN BIL. 5/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
BATU PAHAT

Penerangan

SEPTEMBER 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 5/2025 bagi kawasan seliaan Cawangan Batu Pahat bagi premis yang beroperasi di Daerah Batu Pahat dan Yong Peng. Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga disemak. Sebanyak sembilan (9) buah premis disyorkan tawaran sebanyak 21kompaun bagi pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan 12 premis dikenakan tindakan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan