PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

???? KARNIVAL SUKAN JAS JOHOR 2025 ??

nasir.ibrahim 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
???? KARNIVAL SUKAN JAS JOHOR 2025 ??
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

Karnival Sukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor 2025 telah berlangsung dengan penuh warna, semangat dan kreativiti! ?? Anjuran bersama JAS Negeri Johor dan Kelab Kebajikan dan Sosial JAS Negeri Johor (KEJAR), karnival ini bukan sahaja menjadi pentas untuk menguji kekuatan fizikal dan semangat berpasukan — tetapi juga menerapkan nilai gaya hidup sihat serta kesedaran pemuliharaan alam sekitar. ??? ????Dengan tema “Gaya Hidup Sihat, Alam Terpelihara”, tema ini menekankan kepentingan keseimbangan antara kesihatan diri dan kelestarian alam sekitar — kerana tubuh sihat dan minda cergas menjadikan kita lebih prihatin terhadap bumi tercinta. ???Lebih istimewa, setiap pasukan tampil kreatif dengan hiasan dan kostum daripada bahan kitar semula, menerjemahkan komitmen warga JAS terhadap kelestarian alam sekitar. Majlis Perasmian Karnival Sukan JAS Johor 2025 telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor. ?? Antara acara sukan yang telah dijalankan adalah :- ??badminton, netball 3 on 3, futsal berpelikat dan ping pong. ?? Sukan Tradisional & Indoor ?? Sukaneka ???? Sukan Balapan * Larian 100 meter * Larian 4x100 meter * Lompat Jauh ?? Tahniah kepada semua peserta dan pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan tinggi serta kreativiti luar biasa dalam setiap acara! ?? Tidak kira menang atau kalah, semangat kekeluargaan dan cinta terhadap alam sekitar inilah yang menjadikan Karnival Sukan JAS Johor 2025 begitu istimewa. ??

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan