PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-70 YTL GROUP DAN PROGRAM PENANAMAN 700 POKOK

najmi 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-70 YTL GROUP DAN PROGRAM PENANAMAN 700 POKOK
Tahun
2025
Organisasi
Kedah Cement Sdn. Bhd
Lokasi
LANGKAWI

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah dijemput untuk merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 YTL Group serta Program Penanaman 700 Pokok yang diadakan di Kedah Cement Sdn. Bhd. di Langkawi. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah JAS Kedah, Encik Mohd Nazri Ramli serta pegawai-pegawai dari JAS Cawangan Langkawi. Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-70 penubuhan YTL Group, yang telah diasaskan sejak tahun 1955. Dalam ucapannya, Puan Sharifah Zakiah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak YTL atas kejayaan menjadi antara syarikat yang berjaya serta terus memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada warga YTL, khususnya Kedah Cement Sdn. Bhd., Langkawi atas usaha berterusan dalam pemuliharaan alam sekitar melalui pelaksanaan inisiatif penanaman pokok di kawasan kilang. Program ini telah bermula sejak tahun lalu dan kini mencapai jumlah 700 pokok keseluruhannya. JAS Kedah menyambut baik komitmen industri dalam melaksanakan projek berteraskan teknologi hijau dan akan terus bekerjasama serta memberi panduan teknikal bagi memastikan setiap inisiatif mematuhi undang-undang alam sekitar dan mengambilkira kepentingan komuniti.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan