PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

SEMINAR AKTA KUALITI ALAM SEKITAR SEKELILING 1974, PEMATUHAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN KLINIK APLIKASI JAS

mansah 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR AKTA KUALITI ALAM SEKITAR SEKELILING 1974, PEMATUHAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN KLINIK APLIKASI JAS
Tahun
2025
Organisasi
KELAB ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (KASLAW) DENGAN KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Lokasi
PALM BEACH RESORT, WP LABUAN

Penerangan

29 Oktober 2025 (Rabu) - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (KASLAW) telah menganjurkan Seminar Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS), 1974, Pematuhan Pengurusan Buangan Terjadual dan Klinik Aplikasi JAS bertempat di Palm Beach Resort, W.P. Labuan. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan jabatan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025, yang bertujuan meningkatkan kecaknaan pihak berkepentingan khususnya pemain industri tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta pematuhan terhadap AKAS, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Program seminar ini telah dirasmikan oleh Tuan Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePIETSI., Pengarah JASWPL dan disertai seramai 100 peserta terdiri daripada kalangan Orang Yang Berwibawa (OYB) dan pemain industri dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak jabatan dan komuniti dalam menyokong aspirasi “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama". Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta dan warga kerja JASWPL dan KASLAW yang telah memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan sebagai suatu platform pendidikan alam sekitar pada masa akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan