PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PENGUKUHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA MINGGU HSE (HEALTH, SAFETY & ENVIRONMENT) DI TERMINAL GAS LABUAN (LGAST)

mansah 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUKUHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA MINGGU HSE (HEALTH, SAFETY & ENVIRONMENT) DI TERMINAL GAS LABUAN (LGAST)
Tahun
2025
Organisasi
LABUAN GAS TERMINAL (LGAST)
Lokasi
KIAMSAM, WP LABUAN

Penerangan

4 Nov 2025 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) dijemput untuk menghadiri program minggu HSE dengan fokus kepada aktiviti ceramah dan kesedaran alam sekitar. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePIETSI., Pengarah JASWPL dan disertai seramai 100 peserta daripada pegawai JASWPL, kakitangan LGAST dan pelajar UMSKAL. Ceramah disampaikan oleh PK Nurul Asikin Binti Mohd Yusof@Daud dengan kupasan mendalam mengenai isu-isu kritikal seperti pengurusan sisa buangan terjadual, impak mikroplastik terhadap hidupan marin dan peranan setiap individu dalam mempraktikkan gaya hidup lestari. Sesi ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kejayaan penganjuran program ini menunjukkan fleksibiliti dan kecekalan semua pihak tetlibat dalam memastikan matlamat Minggu HSE untuk mendidik dan memberi kesedaran tercapai. JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada LGAST kerana menjayakan program yang amat bermakna ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan