Penerangan
8 November 2025, Gombak – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan program Enviro Hiking sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Selangor di Sungai Pisang, Gombak. Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Faizul Hilmi Bin Zulkifli, Timbalan Pengarah (Operasi 1), JAS Negeri Selangor. Program ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) dan Rakan Alam Sekitar (RAS) iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd, Persatuan Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter dan Segi University.
Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari JAS Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd dan para pelajar serta pensyarah daripada Persatuan Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter dan Segi University telah menyertai program ini. Program turut diisi dengan aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di sepanjang laluan trek Sungai Pisang.
Semoga program seumpama ini dapat menanam dan meningkatkan penghayatan dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk memelihara dan menghargai alam sekitar yang kita warisi ini.