PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PENGURUSAN E-WASTE SECARA MESRA ALAM MELALUI PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

normuhamad 10/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGURUSAN E-WASTE SECARA MESRA ALAM MELALUI PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR (CAW.SEPANG)
Lokasi
SEPANG

Penerangan

8 November 2025, Sepang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang dengan kerjasama Syarikat T-POT Elektrik dan Elektronik Sdn. Bhd. dan Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi telah mengadakan program pengumpulan e-waste bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025. Program ini bertujuan untuk membudayakan amalan kitar semula e-waste secara mesra alam di kalangan masyarakat dan memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan e-waste yang betul dan selamat sepertimana keperluan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Program ini telah mendapat maklumbalas yang amat positif oleh masyarakat dan berharap agar program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang. Sebanyak 1.5 tan barangan e-waste telah berjaya dikumpul pada program kali ini. Semoga usaha ini dapat terus menarik perhatian orang awam untuk lebih cakna akan kepentingan untuk menguruskan e-waste secara mesra alam dan betul demi alam sekitar yang lestari.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan