Penerangan
Kuala Ketil, 09 Oktober 2025 - Pengarah JAS Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab diiringi oleh Penolong Pengarah, Encik Mohd Alif bin Mohd Sofi telah hadir mewakili Jabatan ini ke Majlis Pelancaran Premis Kilang Manuli Ryco Hydraulics Sdn. Bhd. di Kuala Ketil, Daerah Baling, Kedah Darul Aman pada pagi ini.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Professor Dr. Haim Hilman bin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah.
Turut hadir ialah Yang Di-Pertua Majlis Daerah Baling, Ketua Pegawai Eksekutif Manuli Ryco Group, Pengarah MIDA Kedah/Perlis, Ketua Pegawai Operasi INVEST Kedah serta pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri.
Kehadiran pegawai JAS Kedah ke majlis ini membuktikan sokongan terhadap pembangunan industri dan peningkatan pelaburan di Negeri Kedah khasnya di samping menekankan kepentingan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.