PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat,Program Kesedaran

KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG BERSAMA AHLI JAWATANKUASA BALOK RIVER ADOPTION PROGRAMS (BRAP)

Azrulsafrizal 10/11/2025 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG BERSAMA AHLI JAWATANKUASA BALOK RIVER ADOPTION PROGRAMS (BRAP)
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang

Penerangan

Sesi Libat Urus melibatkan JAS Negeri Pahang dan Ahli Jawatankuasa BRAP telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Pengarah JAS Negeri Pahang. Sesi Libat urus tersebut diketuai oleh Pengerusi BRAP iaitu Encik Kamauzzaman bin Zahari (Pengurus, Kaneka Malaysia Sdn. Bhd.) serta pegawai-pegawai yang mewakili lapan premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan yang merupakan ahli Jawatankuasa BRAP. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Pengarah JAS Negeri Pahang, membincangkan cadangan program-program yang akan dilaksanakan secara bersama dalam memberi kesedaran berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada masyarakat setempat. JAS Negeri Pahang sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan