Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjurkan Karnival Alam Sekitar sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Pahang 2025 bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan bertema “Cerita Bumi dan Rimba”. Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini telah berjaya menarik kehadiran 10,000 orang pengunjung.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, yang hadir mewakili YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival antaranya Gambut Run 7.0, Pengumpulan Sisa Elektronik Domestik (E-waste), pameran oleh Agensi Kerajaan, swasta dan NGO, Aktiviti Penanaman Pokok, Demostrasi Ujian Bunyi Bising, Demostrasi Pemadam Kebakaran oleh Jabatan Bomba, Jualan Pasar Kreatif makanan dan minuman oleh Pasar Sera serta Sand Playground oleh Chengal Pre-school.