Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEBERANGKATAN YANG AMAT MULIA TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH KE KARNIVAL ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
- Lokasi
- Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
Penerangan
Karnival Alam Sekitar Peringkat Negeri Pahang 2025 bertambah seri dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli menghadiri majlis berkenaan.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah juga turut berkenan berkunjung ke Pasar Sera bagi meninjau aktiviti jualan di Pasar Sera serta pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang mengetengahkan produk tempatan serta inisiatif mesra alam.
Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti interaktif, pameran, pendidikan hijau serta program berteraskan kelestarian alam sekitar.