Penerangan
Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Johor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor Endau dan Nature Escape & Discovery Johor telah menganjurkan Program Eksplorasi Alam di Taman Negara Endau-Rompin (PETA). ?????
Program ini bukan sekadar aktiviti lasak di tengah keindahan hutan tropika, tetapi juga peluang untuk:
?? Mendidik peserta tentang kepentingan pemuliharaan alam semula jadi
?? Menghayati keindahan biodiversiti dan ekosistem hutan hujan tertua di dunia
?? Memupuk rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar melalui pengalaman langsung
Aktiviti seperti jelajah denai hutan, pemerhatian flora dan fauna serta perkongsian ilmu alam sekitar telah membuka mata peserta tentang betapa pentingnya menjaga khazanah semula jadi negara. ????