Penerangan
13 OKTOBER 2025, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan aduan pencemaran udara yang diterima melalui e-Aduan JAS.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas premis yang menjalankan proses pengeringan dakwat dimana sistem penyaluran alat kawalan pencemaran udara didapati bocor. Tindakan POK di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil. Premis diarahkan untuk memberhentikan semua proses pengeluaran sehingga alat kawalan pencemaran udara telah dibaiki.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.