Penerangan
Pada 14 Oktober 2025, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyertai Operasi Bersepadu yang dijalankan bersama IPD Tangkak.
Operasi bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar 1.30 tengah hari. Sepanjang tempoh tersebut, pemeriksaan telah dijalankan dengan tumpuan kepada kenderaan berat dan kenderaan komersial yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 50 buah kenderaan diesel telah ditahan dan diuji tahap pelepasan asap hitam.
Kenderaan yang gagal mematuhi standard pelepasan asap yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, pemilik kenderaan tersebut telah ditawarkan dengan tawaran kompaun. Selain itu, notis arahan ujian semula turut dikeluarkan bagi memastikan tindakan pembetulan dapat diambil oleh pihak terlibat.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.