PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN LAUT BERSEPADU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) DAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN (JLMWS) DI PERAIRAN PONTIAN

nasir.ibrahim 06/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN LAUT BERSEPADU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) DAN JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN (JLMWS) DI PERAIRAN PONTIAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PONTIAN

Penerangan

14 OKTOBER 2025, PONTIAN - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan (JLMWS) telah menjalankan pemantauan laut di sekitar Perairan Pontian. Tujuan rondaan ini dijalankan adalah bagi mengesan dan mencegah sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui. Pemantauan difokuskan di kawasan berpotensi berlaku pencemaran laut terutama daripada aktiviti perkapalan. Pencemaran laut boleh menyebabkan kerosakan habitat hidupan laut dan sungai, bahkan ianya juga boleh menjejaskan industri berkaitan seperti pelancongan dan perikanan. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarang pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan