PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LATIH AMAL TINDAK BALAS TUMPAHAN MINYAK (EX-TAMBAN) TAHUN 2025

rosmanyah 04/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LATIH AMAL TINDAK BALAS TUMPAHAN MINYAK (EX-TAMBAN) TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Kerteh, Terengganu
Diskripsi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan Kerjasama PETRONAS melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) Bersama pihak Petroleum Arrangement Contractor (PAC) EnQuest dan Jadestone Energy telah mengadakan Sesi Latih Amal Tindak Balas Tumpahan Minyak (Ex-Tamban) Tahun 2025 pada 19-20 Ogos 2025. Perasmian dan majlis penutup sesi ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar. Hadir bersama dalam sesi perasmian adalah En. Mohamad Halizam bin Samsuri Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur, En. Mohamad Mursyidie Mohamad Ali Pengurus Besar MPM PETRONAS, En. Radzif Ahmed Pengurus Besar South Est Asia Enquest dan En. Fauzi Abbas, Country Manager Jadestone Energy. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak dari agensi Kerajaan dan Swasta/Industri Minyak yang melibatkan ( 20 Agensi Kerajaan + swasta) agensi secara keseluruhannya , Latih Amal Ex-Tamban ini dapat dijayakan dan dijalankan secara menyeluruh bagi pengujian Oil Spill Response Plan (OSRP) peringkat industri, Malaysia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP) Tier 2, Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) Negeri , Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWReP) dan Oil Spill Response Operations Guideline (OSROG) . Latih Amal ini dijalankan secara Table-Top dan Latihan Deployment di laut pada 19 Ogos 2025 dan 20 Ogos 2025. Latih Amal sebegini juga boleh menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran melalui perkongsian kepakaran, teknologi, sistem kawalan dan komunikasi yang terlaras agar dapat mempersiapkan lagi agensi dan industri masing-masing untuk bertindak dalam menghadapi insiden tumpahan minyak. Outcome daripada sesi ini adalah mewujudkan penyelarasan organisasi dan komunikasi semasa insiden tumpahan minyak yang melibatkan dua PAC berbeza serta penambahbaikan dokumen MOSCoP, MOWReP, Pelan Tindakan Kecemasan PAC dan OSROG .

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan