PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

OIL SPILL RESPONSE STRATEGIES AND TABLE TOP EXERCISE WORKSHOP

rosmanyah 04/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OIL SPILL RESPONSE STRATEGIES AND TABLE TOP EXERCISE WORKSHOP
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Thistle Hotel Port Dickson.
Diskripsi
Tarikh: 13 hingga 17 Oktober 2025 Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) dengan kerjasama ITOPF yang berpengkalan di Singapura telah menganjurkan Sesi Libat Urus berkaitan Oil Spill Response Strategies and Table Top Exercise pada di Sesi ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Turut hadir semasa sesi perasmian adalah YBrs. En Rosli Osman, Pengarah Air dan Marin. Kehadiran: Seramai 38 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan Negeri serta pegawai-pegawai dari agensi luar seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Gerakan Udara (PGU, PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), PETRONAS (GHSSE), Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG) dan PV Environment Equipment Sdn. Bhd. Sebahagian daripada agensi ini adalah merupakan ahli kepada Jawatankuasa Operasi Kawalan Tumpahan Minyak Kebangsaan (NOSC) . Sesi libat urus selama 5 hari ini telah dimudahcarakan oleh pihak ITOPF yang pakar dalam tindak balas tumpahan minyak iaitu Mr. David Campion, Dr. Conor Bolas, Ms. Marta Panero dan Ms. Khalish Ideris. Antara objektif utama sesi ini adalah untuk: • Memberi pendedahan strategi tindak balas tumpahan minyak di laut dan pantai, • Memberi pendedahan peranan agensi kerajaan dalam tindakan kawalan dan pembersihan pencemaran minyak di laut dan pantai, • Menguji sistem komunikasi antara agensi semasa menghadapi insiden tumpahan minyak, • Meningkatkan kolaborasi antara agensi serta meningkatkan tahap komitmen agensi dan kesiap-siagaan negara dalam menghadapi bencana maritim yang disebabkan oleh tumpahan minyak di laut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan