Penerangan
30 OKTOBER 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESMA) akan menganjurkan Webinar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 secara atas talian pada 25 November 2025.
Webinar ini memberi peluang kepada premis, industri, orang awam dan perunding dengan menyampaikan penerangan yang jelas berkaitan pemakaian “Guidelines on Pollution Prevention in Industrial Siting 2025”, penggunaan sistem atas talian bagi notifikasi efluen dan pengenalan keperluan notifikasi udara secara atas talian yang akan telah disampaikan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar kepada semua peserta.
Pemain industri digalakkan untuk sertai webinar ini agar informasi serta maklumat diterima secara terus semasa program berlangsung.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#KESMA
#AlamSekitarTanggungjawabBersama