PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM GREEN EXPLORACE SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

hashikin 03/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM GREEN EXPLORACE SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
Lokasi
George Town Pulau Pinang

Penerangan

PROGRAM GREEN EXPLORACE SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 4 Oktober 2025, George Town – Program Green Explorace sempena Hari Ozon Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan meriah di Taman Bandar, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang dan KD Sri Pinang PSS TLDM di bawah Kelab Samudera Utara (KESADRA), dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta Persada Mentari Sdn. Bhd. Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik, diikuti dengan majlis pelepasan peserta yang disempurnakan oleh Ts. Dr. Abdul Rahman bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), JAS Pulau Pinang, diiringi oleh Komander So Lea Kun, Pegawai Memerintah KD Sri Pinang. Sebanyak 17 pasukan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, industri, dan syarikat swasta telah mengambil bahagian dalam acara ini. Terdapat 13 pos cabaran (checkpoint) yang perlu dilalui oleh para peserta dengan pelbagai tugasan menarik, termasuk aktiviti menggunakan bahan kitar semula serta kuiz interaktif berkaitan lapisan ozon dan alam sekitar. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran awam mengenai kepentingan melindungi lapisan ozon, di samping menggalakkan gaya hidup sihat, semangat kerja berpasukan, dan tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar dalam suasana yang hijau dan ceria. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Rashidah binti Jalaludin, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBPP; Encik Muasraf bin Mohamed, Pengarah Pengurusan Korporat dan Komuniti MBPP; serta Ts. Dr. Mohd Azhar bin Mohd Noor, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam, yang turut menyampaikan ceramah bertemakan pemuliharaan ozon dan kelestarian alam sekitar. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang: ?? Johan – UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam ?? Naib Johan – MSM Prai Berhad ?? Tempat Ketiga – KAO Penang Group ??? Tempat Keempat – Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua rakan kerjasama, barisan urusetia, peserta, kumpulan tarian dari SMKDHMNA dan sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat cintakan alam sekitar dan kesedaran terhadap pemeliharaan lapisan ozon terus disemai dalam kalangan masyarakat demi kesejahteraan bumi kita bersama. ???? #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppoktober2025 #hariozonsedunia2025