Penerangan
OPS BERSEPADU KENDERAAN PERDAGANGAN
2 OKTOBER 2025, PULAU PINANG - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menjalankan Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan yang melepaskan asap hitam bertempat di Plaza Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang. Operasi ini melibatkan 7 orang pegawai penguatkuasa JAS Pulau Pinang.
Pemerhatian visual telah dijalankan ke atas pelbagai jenis kenderaan berenjin diesel. 20 daripada 78 buah kenderaan yang disaring telah menjalani ujian meter. Sebanyak tujuh (7) kompaun dan dua (2) Perintah Larangan telah dikeluarkan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, serta 9 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan.
Para pemilik kenderaan berenjin diesel diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, AKAS 1974.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppoktober2025