Penerangan
Tarikh: 29 Oktober 2025
? Masa: 9.30 Pagi - 1.00 Petang
?? Tempat: Bilik Bambangan, Jabatan Kimia Malaysia Kota Kinabalu
??????? Pengerusi: Ts. Harun Bin Ahmad (Pengarah JKM)
??????? Kehadiran JAS Sabah: KPP Ali, KPP MJJ, PP JJJ, PP NSH
?? Ringkasan Laporan Sesi Dialog:
?? Sesi dialog dimulakan dengan sesi pengenalan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah yang seterusnya membentangkan berkenaan piagam pelanggan, parameter yang dijalankan oleh Unit Kualiti Alam Sekitar Kimia Sabah, statistik penerimaan kes dan sampel buangan terjadual dari tahun 2021- 2025 serta sesi dialog isu dan cadangan daripada JAS Sabah dan JAS Labuan.
?? Objektif sesi dialog ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklumat supaya dapat selaraskan operasi di makmal bagi penggunaan bahan kimia yang cukup sepanjang tahun dengan unjuran bilangan persampelan efluen dan buangan terjadual daripada pihak JAS Sabah dan JAS Labuan.
?? Wakil JKM memaklumkan parameter yang dianalisis oleh Unit Kualiti Alam Sekitar Kimia Sabah ialah BOD3, BOD5, TSS, TS, TDS, COD, AN, TN, OG, Logam (Cd, Cu, Fe, Pb, Mn, Ni, Zn, Total Coliform), Warna, Conductivity & penyediaan sampel tumpahan minyak & buangan terjadual.
?? Antara perkara yang dibincangkan ialah keperluan anggaran persampelan setiap tahun bagi memudahkan persiapan kos dan perolehan kelengkapan JKM. Pihak JAS bersetuju untuk menyediakan anggaran bilangan persampelan berdasarkan sasaran KPI tahunan.
?? Wakil JAS Sabah turut membangkitkan beberapa isu dan cadangan. Perincian perbincangan akan dikongsikan kepada pegawai teknikal melalui emel.
Sekian untuk makluman.
29 Oktober 2025