PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN AUDIT DI BAWAH SEKSYEN 33A, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

holly 31/10/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN AUDIT DI BAWAH SEKSYEN 33A, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
Tahun
2025
Organisasi
Seksyen Audit Penguatkuasaan & Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit & Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat.
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS).
Diskripsi
BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN AUDIT DI BAWAH SEKSYEN 33A, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974?? ??Tarikh: 27 - 29 Oktober 2025. ??Tempat: Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS). ??Anjuran: Seksyen Audit Penguatkuasaan & Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit & Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat. ??Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 32 orang Pegawai hadir terdiri daripada wakil JAS Negeri, Bahagian/ Seksyen/ Unit JAS Ibu Pejabat dan EiMAS. ????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K)Ts.(SJ). ??Butiran Bengkel: 1?? Bengkel dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Rosli bin Zul, Pengarah, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat manakala taklimat bengkel disampaikan oleh PP(K) Norhazwan Norizan, Seksyen Audit Penguatkuasaan & Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit & Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat. 2?? Hari pertama bengkel dimulai dengan taklimat:- ??”Audit Pasukan Penguatkuasa & Audit Keberkesanan Tindakan Penguatkuasaan” - KPP Mehrani Saharudin, Seksyen Audit Penguatkuasaan & Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit & Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat; dan ??”Environmental Audit Guidance Manual” - PP Nor Hanisah Shabudin, Seksyen Kompetensi EIA, Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat. 3?? Hari kedua bengkel dimulai dengan taklimat:- ?? “Audit Industri Hijau” - PP(K) Chong Cheay Yein, Seksyen Industri Hijau, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat; ??”Audit Peralatan & Kelengkapan Penguatkuasaan” - KPP Dr. Ezahtulsyahreen Ab Rahman, Seksyen Pengurusan Logistik & Keupayaan Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat; ??”Pelaksanaan Audit Buangan Terjadual” - KPP Norhisham Abdul Hamid, Seksyen Pelesenan, Bahagian Bahan Berbahaya JAS Ibu Pejabat; ??”QA/ QC Program Pengawasan Air Tanah” - KPP Mazriah Ayu Abu Bakar, Seksyen Audit Beban Pencemaran, Bahagian Air Marin JAS Ibu Pejabat; dan ??”Bahagian Udara” - KPP Dr. Ts. ChM. Anuar Ishak, Seksyen Kawalan Punca-Punca Pencemaran Udara & Bunyi Bising, Bahagian Udara JAS Ibu Pejabat. 4?? Bengkel seterusnya disusuli dengan perbincangan kumpulan dimana peserta telah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu:- ??Kumpulan 1 - Audit Dalaman JAS; ??Kumpulan 2 - Audit Di Bawah 33A (wakil JAS Negeri Sabah); ??Kumpulan 3 - Audit Pihak Luar; dan ??Kumpulan 4 - Cadangan Struktur Audit Jabatan. 5?? Kumpulan 2 mencadangkan laporan audit alam sekeliling dikemukakan oleh auditor melalui sistem dalam talian dan sistem ini “link” dengan sistem eKAS. 6?? Kumpulan 2 turut mencadangkan pewujudan peraturan/ perintah/ kaedah berkaitan audit alam sekeliling dibawah Seksyen 33A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. 7?? Perkara yang telah dibentangkan dan dibincangkan di dalam bengkel ini akan dibentangkan dan dikemukakan kepada pihak pengurusan tertinggi Jabatan sebelum dimurnikan segala cadangan dan hala tuju. Sekian untuk makluman. Unit Lesen & Buangan Terjadual 29 Oktober 2025