Penerangan
Majlis Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Sabah Sesi 2024/2025 sempena Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Sabah
27 Oktober 2025, Kota Kinabalu - Majlis Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) buat kali yang ke-13, Sesi 2024/2025 telah berjaya dilaksanakan pada 27 Oktober 2025 bertempat di Kota Kinabalu anjuran oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Jabatan Alam Sekitar berserta Jawatankuasa Induk Anugerah SERASI Sesi 2024/2025
Teks ucapan perasmian YB Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah telah dibacakan oleh Yang Berbahagia Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah.
Turut hadir sebagai penyampai hadiah adalah Pengarah JPAS, Pengarah JAS Sabah, Wakil Pengarah JPN Sabah serta Ketua Aset Malaysia – Sabah (PTTEP) sebagai Rakan Strategik PTTEP.
Anugerah yang telah disampaikan pada majlis ini adalah seperti berikut:-
?? Anugerah Mentor SERASI
?? Anugerah Wira SERASI (SM & SR)
?? Anugerah Harapan SERASI (SM & SR)
?? Anugerah Pengetua & GuruBesar SERASI
??????? Anugerah Guru SERASI (SM & SR)
?? Anugerah Perubahan Iklim & SDG (SM & SR)
?? Anugerah Murid SERASI (SM & SR)
?? Anugerah PIBG SERASI (SM & SR)
Seramai 500 jemputan yang terdiri daripada warga sekolah, PIBG sekolah, agensi kerajaan, NGO, swasta dan media telah hadir ke majlis ini.
#hasn2025
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jassabah_okt2025