PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH (LINK 2025 - LEARNING & INDUSTRY NEXUS KONVERGE), LAHAD DATU 2025 - ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, HRD CORP

holly 31/10/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH (LINK 2025 - LEARNING & INDUSTRY NEXUS KONVERGE), LAHAD DATU 2025 - ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, HRD CORP
Tahun
2025
Organisasi
HRD Corp Cawangan Tawau
Lokasi
Glam Hall, Lahad Datu

Penerangan

Tarikh: 23 Oktober 2025 (Khamis) Masa: 9.00 pagi - 1:00 petang Tempat: Glam Hall, Lahad Datu Anjuran: HRD Corp Cawangan Tawau Kehadiran JAS Cawangan Tawau: PP(K) FM Ringkasan Sesi Ceramah: ?? Tajuk ceramah berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024 telah disampaikan oleh PP(K) FM semasa program ini. Seramai lebih kurang 80 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil majikan dari pelbagai industri di daerah Lahad Datu dan penyedia-penyedia latihan yang berdaftar dengan HRD Corp telah hadir ke program ini. ?? Objektif ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat kepada para peserta mengenai peranan dan fungsi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam menguatkuasakan undang-undang serta maklumat mengenai pindaan terkini yang telah diluluskan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024. ?? Ceramah diakhiri dengan sesi soal jawab dengan para peserta. Turut dijemput ke program ini untuk memberi ceramah daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Cawangan Lahad Datu. Sekian untuk makluman. JAS CAWANGAN TAWAU

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan