PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel,Program Kesedaran

SEMINAR PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL & SESI HANDS-ON ESWIS V2

holly 31/10/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL & SESI HANDS-ON ESWIS V2
Tahun
2025
Organisasi
Kelab JASAba
Lokasi
Sabah Hotel, Sandakan

Penerangan

SEMINAR PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL & SESI HANDS-ON ESWIS V2 : 15 Oktober 2025 : Sabah Hotel, Sandakan Anjuran : Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sandakan dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JASAba) Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. Seminar ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pihak industri mengenai kepentingan pengurusan buangan terjadual yang betul mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Selain itu, seminar turut disertakan dengan sesi latihan hands-on di mana peserta dibimbing secara langsung berkenaan penggunaan sistem eSWIS versi baharu. Antara topik yang dikupas termasuklah proses pendaftaran pengguna, pengisian maklumat buangan, pemantauan pergerakan buangan, serta penghantaran laporan kepada JAS. Pendekatan praktikal ini bukan sahaja membantu peserta menyelesaikan isu teknikal yang dihadapi, malah berjaya memperkukuhkan kemahiran teknikal mereka. Program selama sehari ini telah berjaya menghimpunkan seramai 209 peserta serta 7 pempamer termasuk wakil daripada premis industri, perunding alam sekitar dan juga pembekal teknologi kawalan pencemaran alam sekitar. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen sektor industri terhadap pematuhan peraturan alam sekitar, khususnya dalam pengurusan buangan berbahaya. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh daripada seminar ini dapat diaplikasikan di premis masing-masing, sekali gus menyumbang kepada sistem pengurusan buangan terjadual yang lebih cekap, telus dan berintegriti. Komitmen berterusan daripada semua pihak amatlah penting bagi memastikan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan secara efektif dan beterusan. #jabatanalamsekitar #jascwgnsdk #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan