Penerangan
"TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS) @MYGEMS DI UMS”
Tarikh: 15 Oktober 2025
Masa: 02.30 Petang- 05.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains & Teknologi, UMS
Anjuran : JMG Malaysia.
Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), UMS.
Kehadiran: Kakitangan & Pengarah (Dr. Frederick Francis) JMG Sabah, NDRC UMS, pelajar-pelajar tahun akhir UMS (Geologi/Sains Sekitaran), Jabatan Negeri & Persekutuan.
Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp
Ringkasan Taklimat:
1?? Taklimat/pembentangan disampaikan oleh P.Geol Gs Dr Haji Mohamad Bin Abd Manap - Caw. Pusat Maklumat JMG Malaysia.
2?? JMG memperkenalkan aplikasi sistem maklumat geospatial mineral dan geosains - nama komersial/projek MyGEMS.
3?? Sistem ini menyediakan data2 yg berguna berbentuk storymap interaksi. Antara data2 yg boleh diperolehi adalah kehadiran & lokasi air bawah tanah dgn anggaran kedalaman, lokasi potensi kehadiran logam emas, jenis batuan di selected area, senarai kuari & lokasi dan lain2 lagi.
4?? Terdapat 9 kluster data. Modul aplikasi terdiri dr modul pengguna berdaftar dan modul pengguna awam. Aplikasi boleh dilayari di https://mygems.jmg.gov.my
5?? MyGEMS fasa 2 sedang dibangunkan dgn mengambilkira teknologi AI dan IOT (realtime data monitoring) serta integrasi dgn data dr Jabatan2 lain yg relevan.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
UNIT EIA & IP