Koleksi Digital / Infographic

Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda sebanyak RM100,000 bagi kesalahan menempatkan buangan terjadual SW322 (buangan pelarut organik bukan terhalogen), SW206 (asid tidak organik terpakai), SW429 (bahan kimia terbuang) dan SW204 (enapcemar yang mengandungi kuprum dan zink) di Lot 2011, Mukim Senai, Kulai, Johor tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah di Mahkamah Sesyen 4, Johor Bahru pada 30 Oktober 2025. Tertuduh juga dikenakan hukuman denda sebanyak RM55,000 bagi 3 pertuduhan lain di bawah Seksyen 18(1) dan 24(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Tertuduh yang berusia 35 tahun telah membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan ke atas dirinya dan telah disabitkan kesalahan di hadapan Hakim, Dato' Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim. Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat.

Oleh nasir.ibrahim · 31/10/2025 · 5 paparan

Kata kunci
JAS JOHOR
Fail / Media (2)
  • 20253110102626515.jpg .jpg Buka
  • 20253110102631661.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS