Penerangan
Pasir Gudang pagi ini cukup meriah dan penuh warna-warni dengan kehadiran ribuan peserta yang bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Johor! ??
Antara pengisian menarik yang menceriakan suasana ialah:
????? Enviro Fun Walk yang disertai lebih 1,500 warga Pasir Gudang, membuktikan semangat komuniti yang tinggi terhadap kelestarian alam.
?? Pertandingan Mewarna Kanak-kanak yang mencungkil kreativiti generasi cilik dalam mencintai bumi.
?? Pameran Alam Sekitar, Pengumpulan E-Waste & Barang Kitar Semula — langkah kecil ke arah dunia yang lebih hijau.
?? Program Jom Bersih Sungai Buluh pula menyaksikan penyertaan 300 wakil industri yang bersama-sama melontar mudball demi memulihkan ekosistem sungai!
Majlis Perasmian dirasmikan oleh
Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor.
Turut hadir sama Yang Berusaha Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor, Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru, Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang
?? Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat dan nilai cinta terhadap alam sekitar, selaras dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.”
Terima kasih kepada warga Majlis Bandaraya Pasir Gudang atas kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan sambutan kali ini.