Koleksi Digital / Pendakwaan

Sebuah Syarikat dan Pengurus Projek pembinaan loji pulihguna sisa pepejal iaitu tayar terpakai telah didakwa bagi kesalahan di bawah Seksyen 34A(6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan 5(1)(c), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada 22 Oktober 2025. Pengurus Projek yang berusia 36 tahun terbabit telah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan ke atas dirinya bagi pembinaan loji pulihguna sisa pepejal iaitu tayar terpakai tanpa mendapat Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling. Manakala Syarikat juga membuat pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan kedua-dua orang kena saman (OKS) telah disabitkan kesalahan di hadapan Hakim, Tuan Osman Affendi bin Mohd Shalleh. Hukuman pemenjaraan 1 hari dan denda sebanyak RM 265,000.00 telah dikenakan bagi pertuduhan ke atas Syarikat dan Pengurus. Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat.

Oleh nasir.ibrahim · 31/10/2025 · 10 paparan

Kata kunci
JAS JOHOR
Fail / Media (2)
  • 20253110102049660.jpg .jpg Buka
  • 20253110102054459.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS