PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

KEMPEN KESEDARAN DAN PENGUMPULAN E-WASTE BERSAMA PETRON REFINERY PORT DICKSON

nursyadah 31/10/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN KESEDARAN DAN PENGUMPULAN E-WASTE BERSAMA PETRON REFINERY PORT DICKSON
Lokasi
Port Dickson

Penerangan

3 Oktober 2025, Port Dickson – Petron Refinery Port Dickson hari ini telah menganjurkan satu kempen kesedaran tentang e-Waste kepada seluruh warga Petron Refinery Port Dickson. Oleh itu Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dijemput untuk hadir memberi taklimat pencerahan tentang apa itu e-waste dan kesan-kesan buruk akibat sisa e-Waste. Turut ditekankan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 2024 di mana hukuman lebih berat akan dikenakan jika pencemaran melibatkan buangan terjadual. Selain itu, melalui kempen ini pihak Petron juga mengumumkan bahawa pada tahun ini lebih 500kg e-waste dikumpulkan oleh warga Petron melalui kaedah pertandingan pengumpulan e-waste dari kalangan pekerja. Sisa - sisa e-waste ini telah diambil oleh kontraktor yang telah berdaftar untuk dikitar semula. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Petron Refinery Port Dickson, semoga program bermanfaat ini dapat meningkatkan lagi kesedaran kepada warga Petron tentang sisa e-Waste.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan