PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

HARI KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR PERODUA SDN BHD

nursyadah 31/10/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HARI KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR PERODUA SDN BHD
Lokasi
Seremban

Penerangan

2 Oktober 2025, Seremban – Perodua Sdn Bhd telah menganjurkan Program Hari Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar di Hotel Royal Chulan, Seremban. Demi melengkapkan program ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) turut diundang dalam menyampaikan kesedaran tentang pengawalan dan pencegahan pencemaran alam sekitar, lebih-lebih lagi buangan terjadual di mana sisa buangan ini amat sinonim bagi industri automotif negara. Selain JASNS, program ini juga dilengkapkan lagi dengan perkongsian tentang keselamatan pekerja dan alam sekitar oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), dan SWCorp Negeri Sembilan. Syabas diucapkan kepada Perodua, semoga program bermanfaat ini dapat mendidik serta memberi kesedaran kepada warga Perodua demi menjaga keselamatan alam sekitar dan juga pekerja.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan