PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU (OP LANCAR) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

nasir.ibrahim 31/10/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU (OP LANCAR) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2025
Organisasi
JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

Johor Bahru, 19 Oktober 2025, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyertai Operasi Bersepadu (Op Lancar) yang dijalankan bersama Polis Johor. Operasi bermula pada jam 10.00 malam dan berakhir sekitar 5.00 pagi. Sepanjang tempoh tersebut, pemeriksaan telah dijalankan dengan tumpuan kepada motosikal yang telah diubah suai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 50 buah motosikal telah ditahan dan diuji tahap pelepasan bunyi bising. Pemilik motosikal yang gagal mematuhi standard pelepasan bunyi bising yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, telah ditawarkan dengan tawaran kompaun, selain itu notis arahan ujian semula turut dikeluarkan bagi memastikan tindakan pembetulan dapat diambil oleh pihak terlibat. Operasi ini turut melibatkan kerjasama bersama Trafik IPD Johor Bahru Selatan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor, Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan