PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

SESI LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN BERSAMA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) JIMAH EAST POWER, STESEN JANAKUASA TUANKU MUHRIZ

nursyadah 31/10/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN BERSAMA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) JIMAH EAST POWER, STESEN JANAKUASA TUANKU MUHRIZ
Lokasi
Sepang

Penerangan

1 Oktober 2025, Sepang – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) hari ini hadir bagi sesi libat urus bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jimah East Power, Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz. Perbincangan dua hala diketuai oleh Tn. Abdul Aziz bin Parmin; Pengarah JASNS bersama anggota-anggota JASNS yang lain serta Tn. Hj. Zakaria bin Abu Hasan Pengarah Urusan bagi pihak TNB Jimah East Power telah menyentuh beberapa aspek penjagaan kelestarian alam sekitar. Turut dibentangkan dalam sesi ini adalah tentang peralatan dan teknologi yang digunapakai bagi mengawal pencemaran udara dan air. Selain itu pihak TNB Jimah East Power turut menyatakan minat untuk menyertai program-program atau aktiviti kesedaran di kalangan komuniti yang bakal dianjurkan kelak. Semoga segala usaha murni ini dipermudahkan segala urusan dalam menjamin kelestarian alam sekitar negara kita ini. Syabas diucapkan kepada pihak TNB Jimah East Power.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan