PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

JAS PULAU PINANG HADIR PENANAMAN POKOK BAKAU PDC 2025

hashikin 31/10/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG HADIR PENANAMAN POKOK BAKAU PDC 2025
Tahun
2025
Organisasi
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
Lokasi
Bandar Cassia Technology Park (Batu Kawan).

Penerangan

JAS PULAU PINANG HADIR PENANAMAN POKOK BAKAU PDC 2025 JAS Pulau Pinang telah menyertai Program Penanaman Pokok Bakau PDC 2025 anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang disertai hampir 200 orang peserta bertempat di kawasan pesisir laut, Bandar Cassia Technology Park (Batu Kawan). Program ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan disertai oleh YB Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Lim Siew Khim, EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB H’ng Mooi Lye, EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, YB Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar, YB Fahmi bin Zainol, EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, YB Dato’ Zabidah binti Safar, Pegawai Kewangan Negeri, YB Goh Choon Aik, ADUN Bukit Tambun, serta YBhg. Dato’ Aziz bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PDC. Turut hadir sama memeriahkan program ini adalah Encik Badlishah bin Ahmad, Pengarah JAS Pulau Pinang, agensi-agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) serta warga kerja PDC dan anak syarikat. Sebanyak 1,014 batang pokok bakau telah berjaya ditanam pada program hari ini. Semoga program seumpama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berteraskan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, seiring matlamat Penang 2030 adalah untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri yang hijau dan pintar berfokus pada keluarga. #nres #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppokt2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan