PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

TAKLIMAT E-WASTE DI LITTLE CALIPHS SPRINGHILLS, PORT DICKSON

nursyadah 31/10/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT E-WASTE DI LITTLE CALIPHS SPRINGHILLS, PORT DICKSON
Lokasi
Springhills

Penerangan

23 September 2025, Springhills – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) melalui Unit Kesedaran telah dijemput untuk menyampaikan taklimat kesedaran berkaitan e-Waste bertempat di Tadika Little Caliphs Springhills, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini merupakan salah satu usaha berterusan JAS dalam memperkukuhkan kefahaman masyarakat, termasuk golongan kanak-kanak, terhadap kepentingan pengurusan sisa elektrik dan elektronik atau e-Waste secara berhemah. Seramai 13 orang pelajar tadika berumur enam (6) tahun telah menyertai sesi taklimat yang berlangsung dengan suasana ceria dan interaktif. Bagi menambahkan minat dan keseronokan, aktiviti berkumpulan interaktif turut diadakan untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi taklimat. Aktiviti ini berjaya menarik perhatian pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Melalui penganjuran program seumpama ini, diharapkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dapat ditanam sejak di peringkat awal, agar generasi muda ini membesar dengan nilai dan sikap prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan