Penerangan
18 Oktober 2025, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah memenuhi jemputan sebagai pempamer bersempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) di Grand Ballroom Lexis Hibiscus, Port Dickson.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia. Melalui sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Kementerian Kesihatan Malaysia 2025 ini, beliau telah menerapkan bahawa pentingnya segenap lapisan masyarakat untuk menjaga bumi ini demi kesihatan dan keselesaan persekitaran manusia.
JAS Negeri Sembilan juga berkesempatan berkongsi maklumat berkenaan pembakaran terbuka, bahaya e-Waste dan juga pindaan akta terbaru yang telah diwartakan. Beliau menyokong penuh dan menyambut baik usaha JAS dalam menguatkuasakan akta dalam mengawal pencemaran tanah dan udara akibat dari pembakaran terbuka dan sebagainya.
Turut hadir bersama pada sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia ini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO YB Dato Hajah Tengku Zamrah Binti Tengku Sulaiman dan Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Dr Zuraida Bt Mohamed.