Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA DI UiTM SEREMBAN
- Lokasi
- Seremban
Penerangan
14 Oktober 2025 SEREMBAN - Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan telah disempurnakan hasil daripada kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) sebagai penganjur dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selaku tuan rumah bagi penganjuran sambutan yang bermakna ini. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan bersama antaranya EcoRobic (Senamrobik bertemakan alam sekitar), Ecovarsity Race, Pengumpulan e-waste dan minyak terpakai, The 3-Minute Ozone Video Challenge, dan Pertandingan mewarna kategori kanak-kanak. Selain itu pelbagai pemeran jualan dari kalangan pelajar UiTM serta pameran reruai dari agensi kerajaan dan juga swasta.
Di dalam sambutan ini, turut hadir bersama bagi merasmikan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan adalah YB Exco Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan kerajaan negeri, Tn. Veerapan A/L Superamaniam. Sambutan ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah JASNS, Tn. Abdul Aziz bin Parmin, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi (FSPPP) Prof. Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith, serta pegawai - pegawai kanan Universiti dan agensi - agensi kerajaan yang lain serta wakil - wakil sektor swasta.
JASNS mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua urusetia sama ada secara langsung atau tidak langsung yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pihak tuan rumah UiTM seremban 3 diatas kejayaan sambutan Hari Ozon Sedunia ini. Semoga jalinan kerjasama ini diteruskan bagi menjamin kualiti alam sekeliling terpelihara dalam kelestarian pembangunan negara.