PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel,Program Kesedaran

PROGRAM PENGENALAN DAN BIMBINGAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) DI SK LINGGI PORT DICKSON

nursyadah 31/10/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGENALAN DAN BIMBINGAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) DI SK LINGGI PORT DICKSON
Lokasi
Linggi

Penerangan

10 Oktober 2025, Linggi – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) melalui Unit Kesedaran telah mengadakan program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang di Sekolah Kebangsaan Linggi, Port Dickson Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap konsep kelestarian alam sekitar serta memberi pendedahan tentang pelaksanaan elemen SLAAS yang melibatkan pengurusan alam sekitar secara menyeluruh di sekolah.SLAAS adalah antara usaha JAS untuk melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan, SDG yang menggalakkan pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat. Taklimat telah disampaikan oleh wakil JAS Negeri Sembilan yang menerangkan mengenai objektif, komponen, dan manfaat pelaksanaan program SLAAS. Selain itu, turut diadakan demonstrasi praktikal menghasilkan baja kompos menggunakan bahan buangan domestik seperti sisa sayuran, kulit buah, daun kering serta baja tanah semula jadi. Demonstrasi ini bertujuan menunjukkan kepada murid dan guru bahawa amalan kitar semula bahan organik dapat dijadikan baja semula jadi yang mesra alam, sekaligus mengurangkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan. Para peserta yang terdiri daripada guru dan murid sekolah turut diberi peluang mencuba sendiri proses pembuatan kompos, menjadikan sesi tersebut lebih interaktif dan menyeronokkan. Melalui aktiviti ini, mereka dapat memahami bahawa amalan hijau boleh dipraktikkan dengan mudah di rumah dan di sekolah.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan