Penerangan
8 Oktober 2025, Rantau - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) yang diketuai oleh Pengarah JASNS, Tn. Abdul Aziz bin Parmin mengadakan satu lawatan kerja di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kuala Sawah (SEN330), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Lawatan kerja ini juga turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Majlis Daerah Tampin (MDT). Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan secara menyeluruh mengenai operasi serta pengurusan loji. Di dalam sesi lawatan kerja ini, barisan kunjungan lawatan kerja telah diberikan pendedahan tentang operasi yang dijalankan oleh pihak IWK seperti tekonologi hijau yang dipraktikkan antaranya, penggunaan Bioeffluent, Biopallet dan Biogas bagi penjanaan kuasa elektrik.
JASNS serta agensi-agensi kerajaan yang lain juga turut melakukan lawatan bersama pihak IWK di tapak pengoperasian bagi melihat secara dekat proses yang dilakukan. Antara tempat yang dilawati adalah bilik CSTP Overall System, Grit Chamber Facility (GRIT), Filtrate Sump, Final Discharge Point dan Makmal Penyelidikan IWK. Semoga hasil kerjasama di antara IWK dan JASNS serta agensi-agensi kerajaan yang lain dapat meningkatkan lagi kualiti pengoperasian sistem rawatan air bagi menjamin kesejahteraan alam sekitar di Negeri Sembilan.