PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

Program Pengumpulan Barangan E-waste Di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan Pulau Pinang

hashikin 03/10/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Pengumpulan Barangan E-waste Di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan Pulau Pinang
Tahun
2025
Organisasi
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

Pulau Pinang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Program Pengumpulan Barangan E-waste di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan pada 30 September 2025. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara berhemah serta menggalakkan amalan kitar semula di peringkat komuniti sekolah. Sepanjang program tersebut, sejumlah 308 kilogram e-waste berjadual telah berjaya dikumpulkan oleh pihak JAS Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat pengutip berlesen e - waste Bigwise. Penglibatan aktif guru-guru serta murid-murid dalam menjayakan kutipan ini amat dihargai dan membuktikan komitmen sekolah terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar. JAS Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah dan EWaste Bigwise atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan bagi memastikan sisa e-waste diuruskan dengan betul demi kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan