PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

PAMERAN SEMPENA PROGRAM HARI OSH UTM 2025

sufirman 03/10/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN SEMPENA PROGRAM HARI OSH UTM 2025
Tahun
2025
Organisasi
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL)
Lokasi
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL)
Diskripsi
30 SEPTEMBER 2025, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) untuk menyertai pameran sempena Program Hari OSH UTM 2025 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM KL. Program ini diadakan dengan tema sambutan “Sejahtera dan Selamat di Tempat Kerja, Sihat Sepanjang Hayat”. JAS WPKL telah mengadakan pameran e-waste (sisa eletronik) serta membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS). Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang isu-isu alam sekitar amnya pengurusan e-waste dan menggalakkan penglibatan aktif komuniti melalui peranan RAS dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar. Penglibatan JAS WPKL dalam program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan keprihatinan semua pihak terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, sekali gus menyokong usaha bersama ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, bersih dan lestari. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan usaha melestarikan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan