Penerangan
27 September 2025, Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menganjurkan Program Kesedaran Bersama Komuniti – Kempen Larangan Dan Jom Hentikan Pembakaran Terbuka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Ozon Sedunia 2025.
Program ini telah dihadiri dan dimeriahkan oleh warga PPR Perkasa, para pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL), para jemputan dari SW Corp, wakil Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), wakil badan amal Be Kind dan warga sekitar PPR Perkasa. Program ini menekankan tentang larangan dan keburukan pembakaran terbuka.
Pada masa yang sama, pihak JAS WPKL turut mengadakan Pocket Talk serta demonstrasi dan taklimat ringkas pengujian tahap bunyi bising motosikal. Selain itu, pihak JAS WPKL juga mengadakan pameran e-waste (sisa eletronik) dan kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS). Selingan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran komuniti tentang alam sekitar dan pentingnya peranan RAS.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan keprihatinan semua pihak yang terlibat sekaligus menyokong usaha bersama dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, bersih dan lestari.
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam usaha melestarikan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#jaswpkualalumpur
#alamsekitartanggungjawabbersama