PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

AKTIVITI KOMUNITI BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR “SELAMATKAN OZON, SELAMATKAN KEHIDUPAN”

sufirman 03/10/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AKTIVITI KOMUNITI BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR “SELAMATKAN OZON, SELAMATKAN KEHIDUPAN”
Tahun
2025
Organisasi
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuala Lumpur
Lokasi
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuala Lumpur
Diskripsi
25 September 2025, Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuala Lumpur untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Hari Ozon sedunia. Program ini diadakan dengan tema sambutan ‘Selamatkan Ozon, Selamatkan Kehidupan’. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JAS WPKL yang bertajuk Environmental, Social and Governance (ESG) In Relation To Environmental Quality Act (Amendment) 2024. Dalam sesi ceramah ini JAS WPKL berkongsi berkaitan kesedaran alam sekitar dan ESG selaras dengan tema sambutan. Dalam masa yang sama, pihak JAS WPKL turut dijemput untuk mengadakan pameran yang menekankan kesedaran alam sekitar dan peranan menjadi Rakan Alam Sekitar (RAS). Selain itu, aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai dan barangan terpakai e-waste (sisa elektronik) sebagai salah satu komponen praktikal dalam program ini turut dijalankan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan keprihatinan semua kakitangan pihak KPTM sekaligus menyokong usaha bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, bersih dan lestari. JAS WPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas komitmen pihak KPTM dalam melestarikan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan