Penerangan
29 September 2025, Pejabat KePKAS - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah, Pn Nor Rashidah binti Mohd Ghazali telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB DSP Christina Liew, Menteri KePKAS Sabah bertujuan bagi sesi perkenalan dan makluman sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sabah.
YB DSP mengalu-alukan kehadiran Puan Pengarah JAS Sabah ke Pejabat KEPKAS dan mengucapkan Welcome To Sabah Land Below The Wind. Semasa sesi perjumpaan ini, YB DSP telah maklumkan akan hadir sebagai Perasmi bagi 2 program utama HASN iaitu Majlis Anugerah SERASI pada 27 Oktober 2025 & Majlis Perasmian HASN 2025 Peringkat Negeri Sabah pada 8 November 2025.
Kedua-dua program ini adalah anjuran bersama JAS & JPAS dengan sokongan KePKAS. YB DSP merakamkan penghargaan kepada JAS & JPAS atas usaha dan komitmen dalam penganjuran aktiviti alam sekitar untuk semua lapisan masyarakat.
Turut hadir ke Sesi Kunjugan Hormat ini adalah KPPK Amir Hamzah bin Musa dan juga Timbalan Pengarah JPAS, Puan Daisy Aloysius.