Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah mengadakan Program Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka 2025 Bersama Komuniti Daerah Sandakan pada 27 September 2025, Sabtu bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.
Pelbagai aktiviti telah berjaya dilkasanakan dengan jayanya untuk Orang Awam & Komuniti di dalam dan luar Dewan Masyarakat Sandakan iaitu:-
- Majlis Perasmian Penutup Program oleh Tn. Wilson @ Terence Thomas, Timbalan Presiden 1, MPS
- Taklimat oleh Pegawai JAS Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan & Jabatan Kesihatan Negeri
- Sesi Forum Bersama Panel serta Sesi Soal Jawab Bersama Peserta
Program di luar dewan juga diserikan dengan aktiviti:
1. Aktiviti Menghasilkan Baja Kompos sebagai Gimmick program
2. Ujian Asap Kenderaan Bermotor Enjin Diesel / Petro dan Bunyi Bising Motorsikal (Tanpa Saman)
3. Program Pengumpulan Sisa Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste)
4. Pembelian Minyak Masak Terpakai dengan harga RM2.50 sekilo!
5. Pembelian Kertas Terpakai, Tin aluminium, kotak, botol plastik dsb
Terima kasih Rakan Strategik & Warga Sandakan!!
Terima kasih pn. moderator yang terbaik dan semua urusetia terlibat