Penerangan
30 September 2025, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput sebagai salah seorang penceramah di dalam program Sambutan Hari Persekitaran Sedunia Peringkat Negeri Perak.
Program ini diadakan dengan tema sambutan Udara Bersih Rakyat Sihat. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Aini Oriza bt. Ramli, Pegawai Kawalan Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yang bertajuk Pencemaran Udara dan Status Kualiti Udara. Dalam sesi ceramah ini JAS berkongsi berkaitan punca- punca pencemaran udara dan kawalan pencemaran udara yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta pengenalan kepada Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia dan Indeks Pencemaran Udara selaras dengan tema sambutan iaitu Udara Bersih Rakyat Sihat dan bersempena Hari Ozon Sedunia.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua yang hadir dalam menjalankan tanggungjawab menjaga alam sekitar.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari