Penerangan
SEMINAR ON SCHEDULED WASTES MANAGEMENT AND eSWIS V2 HAND-ON
11 September 2025 - Sungai Petani, Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED) telah menganjurkan Seminar on Scheduled Wastes Management and eSWIS V2 Hands-On yang berlangsung selama dua hari di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Negeri Kedah.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 340 peserta dari pelbagai sektor industri serta kehadiran 14 syarikat pempamer, yang turut memeriahkan suasana seminar.
Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan terperinci secara berdepan (hands-on) berkaitan penggunaan sistem eSWIS yang telah dinaiktaraf ke versi kedua (V2) kepada para peserta yang terdiri daripada pemain-pemain industri, orang yang berwibawa dan pemegang taruh kepada alam sekitar. Peserta juga diberi taklimat mengenai keperluan perundangan, perkongsian pengalaman berhubung isu-isu berkaitan pengurusan alam sekitar dan juga sesi pembelajaran merujuk kepada kes-kes mahkamah berkaitan kesalahan alam sekitar.
Selain itu, sesi cabutan bertuah turut disediakan penganjur sebagai tanda meraikan dan menghargai peserta-peserta yang memberi komitmen baik dalam menjayakan program seminar ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama